+][+ jomlah bergebang +][+

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

+][+ e~Link +][+
Sesuci Cinta
Surat Ungu untuk Nuha
Setulus Hatimu
GT_i(V)
Di hatiku Cinta Bermula
Kasih Seharum Lavender
Cinta Sofea
Seberkas Cinta Yang Sirna
Badai Pasti Berlalu
Cinta Dania
Jangan Ada Dendam
Kasih Yang Ditinggalkan
Sekeping Hati milikmu
hlovate
Cinta Dihati
Dariku Untukmu
Helena
Langit Ketujuh
Cinta Si Gadis Bisu
Tentang Seorang Lelaki
Pesona
Enigma
Masihkah Ada Kasih
Tulus Kata Hati
Cinta si Gadis Bisu
Nota Cinta Buatmu
Monalyza
Belaian jiwaku
infazety
Akungantaro
Momentus
Melayu.com
rizal.allhere
khatywoman
cipok
Jlia
CT
Izzul Izzati
Anis Ayuni
Najwa Aiman
Aida Adriani
Aisya Sofea
Damya Hanna
NooSuraya

+][+ e~Info +][+
Diaryland
CESB
Karangkraf
Kaki Novel
Berita Harian

Gamehouse


MySpace Layouts

monalyza

Blogdrive


Jun 9, 2006
ABAH

 

Sempena Hari Bapa

 ABAH…..

 Kasihmu terlalu agung buat kami,walaupun abah telah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga,tetapi ketahuilah wahai abah sesaatpun kasihmu tak pernah kami lupakan,setiap kali aku mengingati abah pasti airmata ini akan mengalir tanpa dapat ditahan lagi.

ABAH…..

Ketika aku menerima panggilan telefon tentang berita pemergian abah aku merasakan dunia ini sepi dan kosong, hilang sudah tunggak tempat aku dan keluarga berpegang,walau ketika itu aku telah berkerja dan boleh berdikari tetapi aku perlukan abah sebagai kekuatan kami.Luruh hati ini abah,tidak disangka apa yang abah bualkan menjadi kenyataan. 

ABAH….

Seminggu sebelum abah pergi ke rahmatullah,abah ada mengatakan bahawa abah mungkin tidak dapat melihat aku ke jinjang pelamin,abah mengatakan abah restu siapa juga pasangan yang ku pilih dan abah berpesan jadilah isteri yang patuh dan hormatilah suami seperti mana aku menghormati mama dan abah.

ABAH….

Semasa hayatmu abah terlalu rapat dengan anak-anak,sehingga aku dan adik-adik tidak dapat menerima permergianmu,sedangkan adik yang bongsu terlalu rapat sehingga dia tidak mengalirkan airmata langsung dihari itu.tetapi aku tahu bahawa dia terlalu terkejut dengan apa yang dilihat kerana ketika itu dia baru berusia sepuluh tahun.

 ABAH….

Aku merenungi jenazahmu dengan sisa kekuatan yang ada, agar tidak dilihat oleh mama.Disaat jenazahmu diusung pergi.Ya..allah hanya kau yang maha mengetahui betapa hancurnya hati ku untuk melepaskan abah pergi.Kuatkan iman aku dan adik-adik untuk menghadapi perpisahan ini.Masih terngiang di telingaku dua jam sebelum aku menerima berita pemergiaan ,abah mengatakan abah sihat dan berkata jaga diri baik-baik rupa-rupanya itu suara mu yang terakhir dapat ku dengar.Abah semoga roh mu dicucuri rahmat dan diletak didalam golongan orang-orang yg beriman.Kasihmu akan bersama hinggan ke akhir hayat kami.

 



:: Monalyza ::
:: pada... Jun 9, 2006 ::

Comments (2)  




May 31, 2006
Mamaku Sayang

 

MAMA…..

Kasihmu terlalu besar pada kami adik beradik,walau kemana adik pergi kasihmu sentiasa terpahat dihatiku,selagi darahmu mengalir didalam tubuh ini,tak mungkin adik melupakanmu,setiap kata-kata mama adik jadikan kekuatan untuk adik mengharungi setiap cabaran di muka bumi ini, apatah lagi kini adik telah bergelar isteri.

MAMA…..

Kini baru adik tahu betapa beratnya tanggunjawab mama menjadi isteri buat abah dan ibu kepada empat orang anak yang amat nakal ini.Kalau masa silam itu boleh dikembalikan,pasti adik akan menjadi anak yang baik buat mama. 

MAMA…..

Setiap leteran mama kini menjadi begitu berharga kepada adik mama.Ianya seperti permata yang akan sentiasa adik gilap agar terus bersinar selamanya.Mama adik tidak sanggup melihat titisan airmata mama mengalir di pipimu setiap kali mengenang kisah silam kita sekeluarga.

MAMA….

Mama tentu masih ingatkan setiap kali adik kena pukul dengan mama,pasti malamnya bila abah balik dari kerja,adik akan cuba ambil perhatian abah supaya abah nampak kesan hadiah yang adik dapat dari kenakalan adik.Bila abah nampak pastinya emak kena marah,sebab abah tak suka anaknya kena rotan.Masa tu kesian mama.Kini adik patut bersyukur kerana sifat garang mama itu lah yang menyebabkan kami menjadi anak yang berguna.

MAMA…..

Apapun yang terjadi kini kami akan sentiasa pastikan mama gembira terutama dihari-hari tua mama.Semoga allah sentiasa melindungi mama adik dari sesuatu malapetaka.Adik akan sentiasa melindungi mama,dan akan sentiasa berada disisi mama apabila mama memerlukan.

 

 

 



:: Monalyza ::
:: pada... May 31, 2006 ::

Make a comment  




May 30, 2006
KASIHMU ABANG

 

ABANG……

Menjadi isteri abang adalah sesuatu yang tak pernah sayang sangkakan.Sayang bersyukur kerana allah mempertemukan sayang dengan abang.Abang adalah suami yang terbaik bagi sayang. Selama lapan tahun sayang menjadi isteri abang kasih sayang abang tak pernah berubah masih sama seperti dulu.Walaupun kadang-kadang sayang rasa bersalah kerana hingga kini sayang masih tak dapat memberikan abang zuriat dari parkahwinan kita.Sayang tahu abang teramat inginkan anak-anak.Sayang juga begitu abang, sayang tak tahu macam mana nak buat.

ABANG…..

Kadang-kadang sayang rasa nak mengundurkan diri dari hidup abang,sayang takut abang tinggalkan sayang.Apatah lagi orang selalu bertanya bila kita nak mempunyai cahaya mata.Sedangkan orang yang kahwin kemudian dari kita sudah ada dua tiga orang anak tapi kita masih berdua.

ABANG….

Setiap kali mendengar pertanyaan itu hati sayang menangis,sedih sangat siapa yang tak nak anak,sayang ingin menjadi isteri yang sempurna untuk abang tapi sayang tak berdaya abang.Kita telah berusaha sedaya upaya kita,bukan kita tak berusaha tapi doktor kata kita berdua memang tak ada masalah,jadi macam mana sayang nak buat,Hanya doa kepada allah yang tak pernah sayang lupa.Hanya kepadanya sayang berserah.Sayang dah hampir putus asa. 

ABANG…

Berjanjilah dengan sayang yang kasih sayang abang takkan berubah terhadap sayang.Sayang tak tahu macam mana nak teruskan hidup ini kalau abang tak ada di sisi sayang.Abanglah kekuatan sayang.Semoga kita dapat mengharungi susah dan senang bersama hingga ke akhir hayat kita.Kasihku sentiasa mekar terhadapmu.



:: Monalyza ::
:: pada... May 30, 2006 ::

Comments (2)  




Apr 14, 2006
Hanya sekadar ingatan

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha
kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.



:: Monalyza ::
:: pada... Apr 14, 2006 ::

Comment (1)